TALI PINGGANG KELEDAR

images1Pemandu kenderaan berkapasiti empat penumpang berdepan kemungkinan disaman sekiranya membawa lebih penumpang di bahagian tempat duduk belakang, kata Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh.

Kenyataan  yang mendahulukan soal saman bagi memberi pulangan mudah kepada kerajaan mengutip duit dari kesusahan rakyat lebih utama dari soal keselamatan pemandu dan penumpang kereta. Walhal kemalangan terus berlaku dan kematian tiada siapa yang dapat menahan walau pun sesaat,Sepatutnya kerajaan memikirkan suatu cara untuk mengubah sikap pemandu semasa berada diatas jalanraya, bukannya dengan mengugut rakyat dengan akta dan undang-undang yang direka.

Kereta yang didaftarkan sebelum 1995 tak wajib tali pinggang keledar belakang. Bagi puak-puak ni, kereta lama kalau kemalangan tak mati penumpang belakang gamaknya. Lagi pun puak ni bukannya fikir masalah orang lain

Kebanyakan orang melayu yang berpendapatan rendah selalunya mempunyai anak yang ramai, tidak seperti orang Bandar yang bilangan anak sedukit, hakikatnya mampukah orang yang berpendapatan rendah ni untuk beli keta jenis MPV untuk membolehkan mereka membawa semua anak-anak mereka?

Hakikatnya tak semua mampu beli kereta besar, sesetengah tu Alhamdulliah dapat jugak merasa naik kereta kancil. Pastu kalau anak dah 5 takkan nak beli dua kereta. Kalau beli dua kereta pun sapa nak bawak satu lagi? .atau suruh je anak naik pengangkutan awam, berapa kerap bas? Adakah sama dengan kekerapan perjalanan bas di KL? Mampukah anak-anak yang umur 5 dan 6 tahun naik bas sendirian?

Tak payah lah diwajibkan penggunaan tali pinggang keledar dibelakang, yang penting ubah minda dan sikap pengguna jalanraya supaya bersopan ketika memandu, mungkin boleh ditambah jumlah kereta peronda supaya rondaan jalan dapat dikerapkan, atau meletakkan anggota-anggota polis di tepi-tepi jalan kerana manusia akan berubah minda dan sikap sekiranya ada pihak yang memerhatikan tingkah laku dan gerak geri mereka.

Cara begini dilihat sebagai pendidikan secara tidak langsung kepada pengguna jalanraya supaya lebih berhemah, mungkin dalam masa yang singkat keberkesanannya agak kurang tetapi dalam jangka masa panjang sikap pemandu boleh berubah

oleh:cheli

%d bloggers like this: