Pemuda Rompin sedia menghantar petugas ke Terengganu

ust-nazriRompin-Dewan Pemuda Pas Kawasan Rompin baru-baru ini mengambil keputusan untuk menghantar seramai mungkin petugas daripada kalangan pemuda di sini untuk bertugas di PRU kecil Kuala Terengganu.Ketuanya Ustaz Nazri Hj Ahmad menyatakan demikian selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan exco pemuda Pas Rompin baru-baru ini.

Kerusi Kuala Terengganu merupakan kerusi panas yang menjadi rebutan banyak pihak, lantaran itu gerakerja yang mantap dan menyeluruh perlu digembeleng hingga ke tahap maksima.”Kita bersetuju untuk menghantar petugas ini secara berperingkat-peringkat dari hari penamaan calon hinggalah ke hari mengundi jika mendapat arahan daripada Pas negeri.”

Menjawab soalan berkenaan keganasan semasa kempen yang sering dilabelkan kepada parti pembangkang yang dimainkan oleh media beliau menegaskan yang” Pas dan PR tidak pernah ada rekod melakukan kacau bilau mahupun provokasi kepada pihak lain,hanya pihak yang takutkan kekalahan sahaja yang akan menuduh orang lain ekstrim dan ganas semata-mata ingin meraih perhatian rakyat.Tambahnya lagi Pas menekankan disiplin yang tinggi kepada setiap ahli dan para petugas serta dilarang sama-sekali untuk melakukan perbuatan yang boleh menjejaskan keharmonian perjalanan pilihanraya.”

Sebelum ini juga Pemuda Rompin telah berpengalaman bertugas dalam kebanyakan pilihanraya kecil di seluruh negara.

oleh:jinbukitridan

%d bloggers like this: