BN Semakin Celaru

imagesumno1Oleh;Cheli,,,,

Pakatan yang diasaskan dibawah Barisan Nasional (BN) kini dilihat semakin celaru dan tidak menentu arah pendirian parti-parti dibawah naungan BN yang dipimpin oleh Amno, yang  berkemungkinan menunggu masa untuk berpecah,sebagaimana yang diketahui umum parti-parti didalam pakatan BN saling bertelagah mengenai isu-isu tertentu yang sudah tentu menggugat kestabilan pakatan BN.

Ekoran hilangnya keyakinan terhadap BN oleh SUPP dan tindakan bantahan kepada akta keselamatan dalam negeri ( ISA ) oleh PPP, isu pemecatan keahlian Amno Dato Zahid kerana membantah penggunaan akta ISA, belum disebut tentang MCA dan Gerakan serta MIC yang rata-rata tidak berpuas hati dengan BN, juga kedengan suara mengatakan Amno sebagai parti pembuli dalam BN yang menambah lagi rasa curiga sesama mereka.

Hakikatnya isu curiga mencurigai saling menghantui diantara satu sama lain didalam pakatn BN terutama didalam pembahagian kerusi dan perlantikan menteri-menteri. Presiden MIC khabarnya meminta supaya dilantik seorang menteri dari kalangan kaum India, begitu juga dengan wakil Orang Asli, walaupun masih lagi tidak menyatakan dengan jelas hakikatnya MCA dan ahli Parlimen yang berada di Sabah baik dari Amno Berjaya juga sedang menunggu kuota perlantikan menteri untuk mereka setelah Dato Najib mengambil alih teraju pemerintahan negara.

Peperangan dalam Amno sekarang tidak dapat dinafikan lagi apabila proses perebutan jawatan tertinggi parti sedang hangat diperkatakan, bagaimana kenyataan-kenyataan yang sering dikeluarkan membayangkan kepada umum bahawa mereka tidak lagi sehaluan walaupun dalam ucapan mereka menafikan timbulnya ketidak sefahaman antara mereka.

mmUngkapan yang menarik yang dikeluarkan oleh Dato Nik Aziz Nik Mat khusus kepada Amno yang berbunyi “Amno beri rasuah salah, tak beri rasuah kalah sebab tu Amno ni serba salah, jadi mari kita pakat-pakat undi PAS” , mungkin ungkapan ini tepat ekoran penggantungan dan pemecatan ahli Amno lantaran didapai bersalah kerana menggunakan “Politik Wang” dalam proses pertandingan merebut jawatan dalam Amno, bagaimana pula dengan proses pilihanraya kecil Kuala Terengganu, adakah aktiviti yang sama akan digunakan?

Suasana masih bercelaru didalam Amno/BN dimana ada MB melanggar arahan pusat, Pengerusi perhubungan tidak diserah kepada MB, Ketua Bahagian digantung dan bakal mantan Presiden Amno akan duduk sebagai Ketua Bahagian yang dilihat sebagai janggal dan tidak kena pada tempat, masyarakat umum seharusnya berfikir dengan akal yang waras menilai sejauh mana pertembungan, perkelahian dan suasana haru biru dalam Amno/BN ini akan dapat membantu perkembangan dan keharmonian negara selaras dengan slogan yang dibawa semasa pilihanraya “selamat aman makmur”.

%d bloggers like this: