Perginya Veteran Pas Rompin

2/January/2008 jumaat;
Berita yang amat menyedihkan, kembalinya tokoh veteran Pas Tuan Hj Ahmad kerahmatullah, pada jam 5.30ptg , 2/1/2008, jumaat,  beliau merupakan seorang tokoh veteran Pas kawasan Rompin,mempunyai komitmen yang amat tinggi terhadap perjuangan Pas,beliau juga amat disenangi oleh setiap lapisan masyarakat di kawasan Rompin.

Beliau yang sebelum ini terlantar di wad icu kerana masaalah usus di HTAA Kuantan ( tingkat 2 ).Beliau juga adalah ayah kepada al Fadhil Ustaz Shukri Hj Ahmad Yang diPertua PAS Kawasan Rompin dan al Fadhil Ustaz Nazri Hj Ahmad Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Rompin.

Pemergian beliau pasti amat dirasai oleh setiap lapisan masyarakat yang mengenali beliau, khususnya Pas kawasan Rompin.

‘Marilah sama-sama kita menghadiahkan Al-Fatihah kepada beliau” Semoga  Allah mencucuri Rahmatnya kepada beliau. Amin,amin,amin ya Rabbilalamin….

%d bloggers like this: