Selamat Berjuang

image_001596hb Januari 2009- DPPRompin, Dewan Muslimat dan PAS Kawasan Rompin telah menghantar Jentera bagi membantu PAS Terengganu menghadapi Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu. PAS Kawasan Rompin telah diamanahkan oleh JPN Pahang membantu di U.P.U Pasir Panjang dan U.P.U Bukit Bayas dalam D.U.N Ladang. Bermula dari 1/1/2009 hingga 6/1/2009.

Berdasarkan dari maklumat dan pengamatan kami, U.P.U Pasir Panjang mempunyai peluang cerah untuk mengekalkan kemenangan dan menambah undi.Rata-rata pengundi di Pasir Panjang lebih mengenali calon PAS berbanding calon UMNO.

Pergolakan yg berlaku didalam UMNO merupakan satu kelebihan bagi calon PAS untuk meraih kemenangan dalam Pilihanraya Kecil kali ini.

Tugas kami akan berakhir sejurus selepas penamaan calon.Setelah hampir seminggu berkampong di U.P.U Pasir Panjang, kesinambungan tugas kami diteruskan oleh sahabat-sahabat dari kawasan lain.

”SELAMAT BERJUANG”

%d bloggers like this: