Kuman diseberang laut nampak,

boikot-3Dunia hari ini tertumpu di Palestin!. Kekejaman Israel membunuh rakyat Palestin di Gaza hanya mampu dilihat oleh seluruh umat manusia tanpa boleh berbuat apa-apa.

Seluruh Negara menyaksikan rakyat masing-masing menyatakan  bantahan secara terbuka, tapi Palestin terus dibedil. Jangan ditanya pada pemimpin Negara Islam khususnya Negara Arab, buang masa saja, tiada tindakan yang di lakukan.

Di Malaysia , Dijangka usul mengenai kekejaman Israel akan dibahas ! dimana sebelumnya usul yang serupa dibawa oleh PAKATAN RAKYAT ditolak mentah-mentah. Kenapa?

Adakah kerana  PRK036 Kuala Terengganu? Kerajaan ingin dapatkan “politik milage”?  hanya tuhan yang tahu (waallah hu’alam).

Apa yang menariknya , rakyat Malaysia bersatu. Pelbagai kaum bangsa dan Agama bersatu mengecam kezaliman ini.
Yang kata Demontrasi haram, pun berdemontrasi  juga!. Akta yang biasa diguna untuk menghalang perhimpunan yang menganggu ketenteraman awam entah kemana? Tak terpakai agaknya.

Barangkali Bosnya nak Berdemontrasi juga…. Maklumlah , pilihanraya itu luar Negara, politik Antarabangsa . Macam mana dalam Negara?

I.S.A. Contohnya ,amat  zalim , dah ramai yang membantahnya …. Tapi , ada juga yang bangga sarung T- shirt “Yes to I.S.A”. Bila Tanya kenapa ? Untuk keselamatan Negara.

Jawapan yang seolah-olah sama macam Israel kata. ‘Aku serang Palestin untuk keselamatan Rakyatnya…’
Mana agaknya kumpulan yang sokong kezaliman itu? Tak sarung baju sokong Israel ke? Kan zalimnya lebih kurang  sama ….Alasan pun lebih kurang sama….

Lain?  Apa yang lainnya? Bak kata pepatah melayu “Kuman disebarang laut Nampak , Gajah didepan mata tak Nampak”
Wassalam.

oleh:Farid

%d bloggers like this: