Ayam tak disembelih: Pernah termakan?

fadlyoleh:Fadzli Ramly

Saya dah tak ingat bila, tapi sekitar awal tahun lepas, bos saya Encik Khairudin bagitau ada satu klien kes pembelian rumah ada masalah bila dia beli dan nak memasak ayam. Klien ni bukan sembarangan, Ketua Penolong Pengarah di DBKL tak silap saya. Saya ambil kes tersebut. Dia membeli ayam selasih (black chicken) 3 ekor di sebuah pasaraya utama negara kita dan sewaktu ingin membersihkan ayam tersebut bagi memasaknya, dia mendapati leher salah seekor ayam tersebut meragukan apabila hanya sedikit kesan dipotong dan urat tidak putus.

Untuk kesahihan lagi, saya bawa ayam tersebut ke Unit Hub Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk diperiksa.Setelah diambil gambar dan diperiksa oleh kakitangan JAKIM, seekor ayam tersebut disahkan tidak disembelih sempurna dan haram dimakan oleh orang Islam. Saya pohon supaya surat rasmi pengesahan dikeluarkan, tetapi JAKIM enggan keluarkan.Saya dan anakguam saya cukup marah dan berulang kali menegaskan bahawa ini adalah tanggungjawab JAKIM dan kami untuk menyedarkan masyarakat. Saya tegaskan bahawa tanggungjawab agama lebih utama dari tanggungjawab politik.Sikap JAKIM amat memualkan saya. Teruskan membaca