Ayam tak disembelih: Pernah termakan?

fadlyoleh:Fadzli Ramly

Saya dah tak ingat bila, tapi sekitar awal tahun lepas, bos saya Encik Khairudin bagitau ada satu klien kes pembelian rumah ada masalah bila dia beli dan nak memasak ayam. Klien ni bukan sembarangan, Ketua Penolong Pengarah di DBKL tak silap saya. Saya ambil kes tersebut. Dia membeli ayam selasih (black chicken) 3 ekor di sebuah pasaraya utama negara kita dan sewaktu ingin membersihkan ayam tersebut bagi memasaknya, dia mendapati leher salah seekor ayam tersebut meragukan apabila hanya sedikit kesan dipotong dan urat tidak putus.

Untuk kesahihan lagi, saya bawa ayam tersebut ke Unit Hub Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk diperiksa.Setelah diambil gambar dan diperiksa oleh kakitangan JAKIM, seekor ayam tersebut disahkan tidak disembelih sempurna dan haram dimakan oleh orang Islam. Saya pohon supaya surat rasmi pengesahan dikeluarkan, tetapi JAKIM enggan keluarkan.Saya dan anakguam saya cukup marah dan berulang kali menegaskan bahawa ini adalah tanggungjawab JAKIM dan kami untuk menyedarkan masyarakat. Saya tegaskan bahawa tanggungjawab agama lebih utama dari tanggungjawab politik.Sikap JAKIM amat memualkan saya.

4Saya tak puas hati dan minta anakguam saya bawa ayam tersebut pergi ke Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPUM).Dr Maamor mengesahkan ayam tersebut haram dimakan beserta dengan surat perakuan.

Saya kemudiannya, telefon Dato’ Mufti Perak, Dato’ Harussani Zakaria dan maklumkan perkara tersebut dan saya pohon kerjasama beliau untuk sahkan ayam tersebut. Beliau berjanji akan menolong saya tetapi melalui Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Dato’ Jamry Sury kerana beliau akan berangkat ke Argentina. Saya bercakap dengan Dato’ Jamry dan beliau bersetuju menemui saya keesokan harinya. Saya dan Ust Yohanis (Pegawai Tadbir MK Othman & Co) ke Ipoh dan disambut mesra oleh Pegawai Bahagian Hub Halal JAIP. Setelah diperiksa, disiasat dan diambil gambar, pihak JAIP telah mengeluarkan surat perakuan bahawa ayam tersebut tidak disembelih dan haram dimakan oleh orang Islam. Kami turut diberikan taklimat dan risalah sembelihan binatang yang sebenar. Kami berbangga dengan JAIP. Inilah contoh sikap sebuah institusi yang menjaga agama.

51Setelah menimbangkan akhirnya, pihak anakguam saya mengambil keputusan memfailkan kes ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan menamakan Pengeluar, Pengedar dan Pasaraya sebagai Defendan-Defendan atas dasar memelihara iman orang Islam negara ini dan tanggungjawab kifayah terhadap agama. Malangnya, anakguam saya pula disaman oleh Pengedar dan Pengeluar kerana dikatakan memfitnah mereka. Inilah yang dihadapi kerana membela agama. Kes ini sedang dibicarakan di Mahkamah. Doakan kami..

Saudara sekelian, berhati-hatilah ketika membeli ayam di pasaraya. Sebaiknya belilah ayam yang disembelih secara terbuka seperti di pasar basah.

sumber:Peguamkita(Fadzli Ramli)

%d bloggers like this: