Pengundi Kuala Terengganu bukan kecil untuk cipta sejarah

wahidendutAhmad Lutfi Othman
Jika kita meneliti keputusan pilihan raya Parlimen Kuala Terengganu sejak 1986 hingga 2008, seperti ditunjukkan dalam jadual di bawah, ia memang suatu perkembangan yang menarik.

Kecenderungan mengundi penduduknya agak kompleks, mendekati teori pendulum apabila parti-parti yang menang bersilih ganti, membayangkan kematangan mereka untuk berpolitik. Malah dalam pilihan raya 1959, calon pembangkang yang mewakili Parti Negara, Dato’ Onn Jaafar yang berasal dari Johor, menang di kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

(Dalam pilihan raya umum 1986 kemenangan memihak BN, diikuti Parti Semangat 46 pada 1990, BN pada 1995, PAS pada 1999, BN pada 2004 dan kekalahan tipis calon PAS kepada BN pada 2008

Pilihan raya kali ini memang begitu penting dan cukup kritikal untuk kedua-dua parti, Umno dan PAS, juga gabungan dalam BN dan Pakatan Rakyat. Masa depan politik negara kita rasanya banyak ditentukan oleh pola pengundian di Kuala Terengganu, 17 Januari nanti. Image

Bertuahnya pengundi di sini kerana mereka berupaya untuk berperanan penting merubah lanskap politik negara melalui peti undi seminggu lagi. Jika PAS menang, ia bermakna momentum kejayaan KeADILan di Permatang Pauh dapat dilonjakkan ke paras yang boleh menggusarkan BN.

Sekiranya kalah, tentu banyak iktibar yang boleh dimanfaatkan, terutama untuk meneliti cabaran mendatang dalam pilihan raya ke-13.

3prayakt1Pengundi Kuala Terengganu sebenarnya bukan sekadar memilih ahli Parlimen menggantikan Almarhum Razali Ismail. Mereka boleh menyampaikan mesej protes secara terbuka terhadap kerajaan kerana gagal menunaikan tanggungjawab membela rakyat selepas 10 bulan mandat baru diperolehi.

Logiknya, biarpun jika Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh kalah, kedudukan BN dalam menguasai kerajaan memang tidak tergugat. Namun, ia sudah cukup untuk memberi peringatan jelas bahawa tsunami politik Mac 2008 boleh melanda Terengganu dan negeri-negeri lain yang dianggap selamat, seperti Pahang, Johor dan Melaka.

Dua faktor utama yang dipertimbangkan sebelum mengundi adalah faktor calon dan faktor parti. Jentera Umno-BN memang gabra dan dianggap kalah pada pusingan pertama jika dibandingkan calon PAS dan BN. Teruskan membaca