Peranan Ahli PAS

nnewmain1ln4nl4wz6Setiap ahli PAS harus memahami peranan dan tanggungjawab sebagai ahli apabila mereka telah mengisi borang menjadi ahli PAS. Setelah mengisi borang keahlian , secara tidak langsung mereka telah mengaku taat setia  dan patuh kepada peraturan dan gerak kerja yang digariskan oleh pimpinan PAS sama ada yang berbentuk arahan lisan atau bertulis.

Bagi mereka yang baru menyertai PAS, seharusnya bersedia untuk ditarbiyah sebagai langkah menghayati fikrah dan perjuangan PAS yang berasakan Islam serta berusaha untuk meninggalkan fikrah lama mereka.

Oleh itu untuk menjadi ahli Pas yang baik, program tarbiyyah hairaki dan umum perlu diikuti. Usrah dan tamrin menjadi program utama bagi membaiki kefahaman dan kekuatan diri, begitulah juga dengan kuliah-kuliah umum yang diadakan disurau atau masjid perlu diikuti bagi memahami, menambah dan menghayati ilmu agama bagi sesaorang yang mengaku ahli Pas.

Selain itu wala’ dan taat setia kepada kepimpinan disemua peringkat perlu agar setiap perkara yang dirancang dapat dijayakan dengan sempurna dan mengikut jadual. Mengabaikan arahan pimpinan bererti hilangnya wala’ serta menjadikan organisasi kucar kacir.

Sebarang kemuskilan atau rasa tidak puas hati hendaklah dikemukakan melalui saluran yang betul, sebarang percanggahan dalam mesyuarat adalah merupakan perkara biasa yang perlu dihormati, seandainya keputusan mesyuarat dibuat tidak menepati citarasa serta bercanggah dengan kehendak kita, hendaklah akur dan terima sebagai suatu keputusan yang dipersetujui bersama.

Jangan pula ada mesyuarat kecil selepas mesyuarat kerana ia umpama membentuk jamaah dalam jamaah yang membawa kegagalan gerak kerja parti seterusnya menjurus kearah kehancuran dan kemusnahan kepada parti

Keseragaman pemikiran ahli PAS akan membawa kepada keseragaman dalam tindakan serta gerak kerja, seterusnya akan membawa kepada kejayaan didunia dan akhirat, Isnya Allah.

oleh :Cheli

%d bloggers like this: