KEPERKASAAN MENJANA KEMENANGAN

tantawiOleh :
Ust Nasrudin Hassan At Tantawi
Timbalan Ketua DPP Pusat

MUQADDIMAH
Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah s.w.t , kerana dengan limpah hidayah, qudrah dan inayahNya , diberikan keizinan untuk kita bertemu lagi pada hari ini.

Pertemuan kita kali ini , di samping sesekali menoleh ke belakang, ke kiri dan ke kanan, mencari iktibar , hikmah dan pengajaran, kita harus memfokuskan bola mata kita jauh ke hadapan untuk merenung arah tuju perjuangan.

Sesungguhnya pertemuan hari ini membawa kita menyingkap kembali pertemuan lebih 1400 tahun lalu , yang berlansung diantara golongan Muhajirin dan Ansar berasaskan nilai ukiran iman dan taqwa . Pertemuan yang menyaksikan bagaimana Baginda Rasul saw. mempertautkan gandingan mantap dikalangan mereka , berteraskan Ukhuwwah Islamiyyah dan semangat memperjuang serta mempertahankan Islam , sekaligus membentuk dan membina ummah yang bermartabat dan syariat yang berdaulat. Teruskan membaca

Tahniah V Arumugam kerana pertahan prinsip – Nik Aziz

852911a7Salmah Mat Husain
KOTA BHARU, 10 Feb (Hrkh) – PAS merakamkan ucapan tahniah kepada bekas Adun Bukit Selambau, V Arumugam kerana sanggup menolak tawaran Barisan Nasional (BN) dengan meletak jawatan sebagai Adun.

“Bukan senang nak melepas tekanan daripada Umno dan BN yang mengugut dengan macam-macam perkara,” ujar Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika ditemui pemberita di pejabat Menteri Besar di sini, hari ini.

Kata beliau pada mulanya beliau kesal dengan tindakan bekas Adun terbabit yang mengambil tindakan melepaskan jawatan hanya kerana menghadapi tekanan politik.

Bagaimanapun menurutnya tekanan diterima Arumugan begitu hebat sehingga tidak tertanggung lagi.

“Oleh itu tindakan beliau mengosongkan kerusi Dun yang dipegang sebelum ini wajar sekali.

“Mungkin ugutan yang diterima itu kuat sangat sampai kepada keluarganya. Kerana itu perletakan jawatan Arumugam sebagai langkah terbaik bagi mendapatkan semula mandat daripada rakyat,” katanya. Teruskan membaca

Surat Nizar pada Sultan, sebab tidak letak jawatan MB

mbperakku1Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Hrkh) – Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah mengutus surat kepada Sultan Azlan Shah menjelaskan sebab-sebab mengapa beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai menteri besar Perak.

Surat tersebut adalah reaksi kepada titah baginda yang tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak serta Mohammad Nizar Jamaluddin dan barisan exconya meletak jawatan berkuatkuasa serta merta.

Manakala Setiausaha kerajaan negeri Perak, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim telah mengarahkan Mohamad Nizar dan semua anggota exconya mengosongkan pejabat mereka dengan segera.

Berikut adalah kandungan penuh surat Mohammad Nizar kepada baginda Sultan:
Teruskan membaca

Cakap Tak Serupa Bikin

pic-dato-maznahIbu bapa harus mengutamakan pendidikan anak-anak mereka dalam usaha melahirkan generasi baru yang berguna kepada agama, bangsa dan negara, begitulah kata-kata Senator Maznah Mazlan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang juga merupakan Adun Muadzam Shah ketika berucap pada mesyuarat Agung PIBG Keratong Satu sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah akhbar harian tempatan.

Beliau menambah pendidikan seimbang dalam bidang agama dan akademik harus diberikan kepada anak-anak kita kerana kelengkapan ilmu pendidikan ini adalah secara menyeluruh bagi membentuk insan yang cemerlang.

Betul kah begitu atau ucapan itu hanya sekadar untuk sedap didengar bila berjumpa dengan  masyarakat kampong atau golongan bawahan sahaja sedangkan hakikat sebenarnya beliau sedang cuba untuk menyembunyikan fakta yang sebenarnya berlaku.

Beliau yang inginkan anak-anak berguna kepada agama tetapi sedar atau tidak sehingga kini pelajaran agama belum lagi menjadi mata pelajaran wajib lulus dalam mana-mana peperiksaan di sekolah-sekolah sebagaimana mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Malaysia malah mata pelajaran agama diletak setaraf dengan mata pelajaran lukisan.
Teruskan membaca