Cakap Tak Serupa Bikin

pic-dato-maznahIbu bapa harus mengutamakan pendidikan anak-anak mereka dalam usaha melahirkan generasi baru yang berguna kepada agama, bangsa dan negara, begitulah kata-kata Senator Maznah Mazlan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang juga merupakan Adun Muadzam Shah ketika berucap pada mesyuarat Agung PIBG Keratong Satu sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah akhbar harian tempatan.

Beliau menambah pendidikan seimbang dalam bidang agama dan akademik harus diberikan kepada anak-anak kita kerana kelengkapan ilmu pendidikan ini adalah secara menyeluruh bagi membentuk insan yang cemerlang.

Betul kah begitu atau ucapan itu hanya sekadar untuk sedap didengar bila berjumpa dengan  masyarakat kampong atau golongan bawahan sahaja sedangkan hakikat sebenarnya beliau sedang cuba untuk menyembunyikan fakta yang sebenarnya berlaku.

Beliau yang inginkan anak-anak berguna kepada agama tetapi sedar atau tidak sehingga kini pelajaran agama belum lagi menjadi mata pelajaran wajib lulus dalam mana-mana peperiksaan di sekolah-sekolah sebagaimana mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Malaysia malah mata pelajaran agama diletak setaraf dengan mata pelajaran lukisan.

Kalau benar kerajaan nak membela agama kenapa disekat bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat suatu masa dahulu yang menyebabkan banyak sekolah agama ditutup pada masa itu, masjid-masjid dikunci, kuliah-kuliah agama di masjid dan surau disekat, pentazkirah disenarai hitamkan dan digam dari menyampaikan tazkirah atau kuliah.

Kalau betul Amno nak bela bangsa mengapa mata pelajaran Matematik dan Sains di ajar dalam bahasa Inggeris sedangkan Bahasa Malaysia pun ramai pelajar kita tidak lulus, sebelum ni, Amno telah menghapuskan tulisan jawi, satu-satunya tulisan kepunyaan orang melayu telah digantikan dengan tulisan rumi yang menyebabkan ramai dari kalangan orang melayu tidak tau membaca jawi, hasil dari pada itu jugalah terkuburnya akhbar utusan melayu kerana kurang pembaca.

Amno yang dikatakan membela negara sedikit demi sedikit telah menggadaikan negara, bermula dari penyerahan Singapore kemudian Pulau Batu Putih dan pengecilan tanah rizab melayu akibat dijual kepada syarikat-syarikat milik bukan bumiputra, contohnya keseluruhan Pulau Tioman adalah rizab melayu tapi siapa yang mengeluarkan lebih 400 ekar rizab melayu dan ditukar milik kepada bukan melayu.

Sebab itu Amno bercakap membela agama, bangsa dan negara bila turun ke kampong-kampong untuk mendapat sokongan dan menjadi hero dalam masyarakat, sebenarnya merekalah yang memporak perandakan agama, bangsa dan negara demi mendapat sedikit habuan untuk kesenangan sementara didunia dengan melangari amanah yang diberikan oleh rakyat.

oleh:chelii

%d bloggers like this: