Program ziarah

pic_08601oleh:Saiful
Lewat petang tadi, 10 mac 2009,Wad Melor 2 Hospital Muadzam Shah dikunjungi oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Rompin dalam lawatan beliau kepada salah seorang aktivis PAS yang sedang dirawat di hospital tersebut.

Dengan ucapan salam dan jabatan tangan memancar keceriaan wajah sahabat jamaah PAS dari cawangan Keratong 03, iaitu Encik Omar Bin Saad.Beliau yang berumur 61 tahun telah dimasukkan ke hospital sejak 28 Februari lagi. Beliau dengan tenang mencerita kisah penyakit dan perkembangan penyakit beliau kepada YDP PAS Rompin Ustaz Syukri Hj Ahmad, SU PAS kawasan Rompin Hj  Ramli dan beberapa Exco  pemuda kawasan. Teruskan membaca

RAKYAT TOLAK PPSMI

dsc04422sumber:Blog Mazlanyasin.blogspot.com

Himpunan rakyat yang dijangkakan melebih 100,000 orang hari ini nyata menunjukkan rakyat membantah dengan keras pengajaran metametik dan sains dalam bahasa inggeris.
Perarakan ratusan ribu rakyat bermula dari tiga tempat utama iaitu di Masjid Negara, Sogo dan Pasar Seni. Tokoh bahasa yang telah mengetahui perarakan itu antaranya ialah Dato Dr.Hassan Ahmad dan Dato A.Samad Said.

Pimpinan PAS yang turut hadir dan mengetuhai perarakan ialah Dato Sri Presiden, Timbalan Presiden , Setiausaha Agung, Bendahari Agung, Ketua Penerangan PAS Pusat , Ketua Pemuda, Ketua Lajnah Perpaduan Nasiaonal dan ramai lagi.

Dalam temu ramah dengan wartawan Dato A.Samad Said melahirkan rasa kecewanya kerana Kerajaan Malaysia tidak bersungguh dalam mengangkat martabat Bahasa Melayu. Sebaliknya sanggup mengeluarkan peruntukan berbilion ringgit untuk projek PPMSI. Teruskan membaca

Amno Memilih Persengketaan

imagesumno11sumber:Blog Buduruun.blogspot.com

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, tindakan pakatan
pembangkang itu cuba menimbulkan huru-hara selepas mendapati mereka tiada lagi jalan untuk merampas semula kerajaan negeri.

Katanya, orang ramai akan terus bersimpati dan sanggup melanggar undang-undang kononnya untuk memberi sokongan kepada mereka.

Puak Amno/BN meminta Pakatan Rakyat khususnya dan rakyat umum amnya menghormati
undang-undang tetapi mereka sendiri yang melangari undang-undang apabila sanggup merampas kuasa dari tangan Pakatan Rakyat di Perak dan sanggup pula menghadap dan menasihati Sultan tanpa kehadiran MB yang sah pada masa itu dengan meminta supaya Dewan Undangan Negeri tidak dibubarkan.
Teruskan membaca

Perjalananku

dscn0219sumber:Blog Peguamkita.blogspot.com

Lama dah tak menulis…lagipun saya bukannya tokoh untuk ditunggu-tunggu buah tangan saya. Cuma sejak kebelakangan ini, saya jadual saya agak padat dengan perbicaraan mahkamah sama ada di Kuala Lumpur mahupun di beberapa tempat seperti Pahang, Selangor dan Johor. Semuanya memerlukan komitmen yang bukan kecil.. Insyallah kesempatan yang ada dapat kita berkongsi bicara..

Kali ini saya nak bawa teman-teman semua lari sedikit dari hiruk pikuk dan kemelut undang-undang yang kian memeningkan terutama di negeri Kerajaan Pasola, negara Pasir Dua Butir..Jujurnya, saya tak berapa minat untuk berkongsi kehidupan peribadi dan rutin harian saya, tetapi apa yang saya cuba utarakan adalah realiti kehidupan masyarakat di sekeliling kita..Siapa yang harus bertanggungjawab dan apa yang harus dibuat..Terperap dalam kamar bicara membuatkan saya rasa tanggungjawab pengamal undang-undang macam saya tak harus hanya berpegang pada retorik dan idea semata-mata..Rakyat perlukan penglibatan golongan macam saya membela mereka..Ambillah kalau ada kebaikan..moga ALlah jauhkan dari sifat bangga dan takbur dari diriku.. Teruskan membaca