Perjalananku

dscn0219sumber:Blog Peguamkita.blogspot.com

Lama dah tak menulis…lagipun saya bukannya tokoh untuk ditunggu-tunggu buah tangan saya. Cuma sejak kebelakangan ini, saya jadual saya agak padat dengan perbicaraan mahkamah sama ada di Kuala Lumpur mahupun di beberapa tempat seperti Pahang, Selangor dan Johor. Semuanya memerlukan komitmen yang bukan kecil.. Insyallah kesempatan yang ada dapat kita berkongsi bicara..

Kali ini saya nak bawa teman-teman semua lari sedikit dari hiruk pikuk dan kemelut undang-undang yang kian memeningkan terutama di negeri Kerajaan Pasola, negara Pasir Dua Butir..Jujurnya, saya tak berapa minat untuk berkongsi kehidupan peribadi dan rutin harian saya, tetapi apa yang saya cuba utarakan adalah realiti kehidupan masyarakat di sekeliling kita..Siapa yang harus bertanggungjawab dan apa yang harus dibuat..Terperap dalam kamar bicara membuatkan saya rasa tanggungjawab pengamal undang-undang macam saya tak harus hanya berpegang pada retorik dan idea semata-mata..Rakyat perlukan penglibatan golongan macam saya membela mereka..Ambillah kalau ada kebaikan..moga ALlah jauhkan dari sifat bangga dan takbur dari diriku..

dscn0205Pada 23/2/2009 lalu, Pejabat Agama Islam Daerah Rompin (PAID) mengadakan Liga Masjid yang menyaksikan setiap masjid dalam daerah Rompin menghantar pasukan bolasepak masing-masing. Kebetulan saya selalu berjemaah di Masjid At Taqwa, saya terpilih menyertai pasukan yang dinamakan At Taqwa.Pasukan kami terdiri dari Imam 2, Setiausaha, Naqib dan AJK Masjid yang lain. Menariknya pasukan kami turut diwakili 2 orang anak muda yang selalu ke masjid. Pasukan kami hanya seri di pusingan awal, tetapi berjaya ke separuh akhir atas perbezaan jaringan. Di separuh akhir kami berjaya mengalahkan juara bertahan Masjid Kampung Leban Chondong 2-1. Di perlawanan akhir kami tersungkur 2-0.. Walaupun kalah kami puas hati..Di sini, saya dapat melihat perpaduan masyarakat atas semangat kesukanan.dscn0202 Tetapi apa yang paling membanggakan saya, semua pemain dapat mematuhi agama untuk bersukan apabila menutup aurat dan bermain secara fair play. Di sinilah saya menyedari bahawa indahnya Islam itu..Semua terpelihara.

Tengahari itu pula saya bersama kawan-kawan menziarahi fakir miskin di sekitar Rompin dan menyampaikan bantuan sekadarnya..Dalam fikiran saya, masyarakat Rompin ni takdela sesusah mana. Kami memberikan bantuan kebeberapa keluarga. Namun,apabila tiba satu kawasan saya dimaklumkan Haji Hanafiah (usahawan berjaya di Pahang) bahawa rumah yang akan dilawati agak pelik. Saya masuk ke rumah tersebut. Agak tinggi. Setelah mengamatinya saya dapati ia adalah sebuah rumah jemuran tembakau (ban tembakau). Tanah hitam kesan bakaran adalah lantai bagi keluarga ibu dengan 6 orang anak tersebut. Manakala tempat makan adalah di atas secebis tikar getah yang dihamparkan dengan lilin menerangi kawasan tersebut di waktu malam. Tempat tidur pula di buat setingkat beralaskan papan lapis. Mengalir air mata saya.. Bagi saya, keadaan itu tak wajar ada di zaman moden di negara kita.

dscn0222Kami menziarahi pula penduduk Kampung Kurnia. Di sini penduduk tak pernah merasai nikmat air paip sejak merdeka. Sudahlah mereka umpama pendatang tanpa izin yang hidup di bumi sendiri tanpa diberikan geran hakmilik. Perkara ini pernah saya dedahkan dalam Sinar Harian bari-baru ini. Pemerintah saban tahun pilihanraya menjanjikan pemberian geran, namun ia hanya tinggal janji. Kami sempat menyampaikan sedikit bantuan di sini kepada beberapa penduduk.

Lepas habis pada kira-kira jam 6 petang, saya bersiap untuk ke Masjid Pantai Bernas, Rompin untuk bersama-sama dalam majlis tahlil arwah Ketua Kampung Pantai Bernas, allahyarham Md Ali Bin Sulong yang meninggal dunia dalam satu kemalangan maut baru-baru ini. Saya juga sempat menziarahi seorang lagi mangsa yang cedera parah patah kaki dan retak lututnya yang terlibat sama dalam kemalangan itu. Saya juga menawarkan khidmat guaman percuma kepada keluarga allahyarham dan mangsa yang cedera tersebut. Bagi saya, mungkin saya berbeza ideolo dan pegangan politik dengan keluarga Allahyarham, tetapi saya rasakan bahawa perjuangan saya membela rakyat merentasi sempadan politik. Saya gembira bertemu mata dengan keluarga untuk sekurang-kurangnya mengucapkan takziah.

dscn0212Selepas itu pula saya bergegas untuk menerima jemputan berceramah bersama-sama Ahli Parlimen Indera Mahkota dan ADUN Tras, Choong Siew Onn berhubung dengan isu semasa terutama persoalan undang-undang kemelut di Perak.

Sesungguhnya apa yang saya lalui ini adalah pengalaman berharga bahawa kita adalah manusia yang saling memerlukan. Yang berkuasa jangan angkuh, yang kaya jangan lupakan daratan, yang pandai jangan membodohkan teman dan yang susah jangan menyesali takdir.. Saya bukan sahaja bersyukur menjadi peguam berbicara di Mahkamah tetapi juga gembira membantu masyarakat dalam apa jua lapangan…Jumpa lagi..

%d bloggers like this: