RAKYAT TOLAK PPSMI

dsc04422sumber:Blog Mazlanyasin.blogspot.com

Himpunan rakyat yang dijangkakan melebih 100,000 orang hari ini nyata menunjukkan rakyat membantah dengan keras pengajaran metametik dan sains dalam bahasa inggeris.
Perarakan ratusan ribu rakyat bermula dari tiga tempat utama iaitu di Masjid Negara, Sogo dan Pasar Seni. Tokoh bahasa yang telah mengetahui perarakan itu antaranya ialah Dato Dr.Hassan Ahmad dan Dato A.Samad Said.

Pimpinan PAS yang turut hadir dan mengetuhai perarakan ialah Dato Sri Presiden, Timbalan Presiden , Setiausaha Agung, Bendahari Agung, Ketua Penerangan PAS Pusat , Ketua Pemuda, Ketua Lajnah Perpaduan Nasiaonal dan ramai lagi.

Dalam temu ramah dengan wartawan Dato A.Samad Said melahirkan rasa kecewanya kerana Kerajaan Malaysia tidak bersungguh dalam mengangkat martabat Bahasa Melayu. Sebaliknya sanggup mengeluarkan peruntukan berbilion ringgit untuk projek PPMSI.

dsc04433Selain dari itu wakil dari Himpunan Kaum Cina yang diwakili tokoh-tokok pendidik turut menyatakan bantahan mereka terhadap PPMSMI. Wakilnya menegaskan,tidak ada siapa yang boleh menapikan bahawa pengajaran yang paling berkesan ialah pengajaran dalam bahasa ibunda.
JIkalah tokoh-tokoh bahasa seperti Dato Dr.Hassan Ahmad ,bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Dato A.Samad Said Sastrawan Negara yang diiktiraf oleh kerajaan membantah PPSMI kenapalah Pimpinan Kerajaan BN sekarang “PEKAK BADAK’ ,“BUTA PERUT” dan “BUTA HATI “ sangat.

dsc04444Walaupun polis bertindak ganas namun semangat peserta perhimpunan tidak luntur sama sekali.
Hujan “water canon” dan tembahan gas pemedih mata yang bertalu-talu sedikit pun tidak melunturkan semangat peserta perarakan yang terdiri dari peringkat umur .

Jelas dan nyata rakyat membantah PPSMI dan kerajaan perlu buat sesuatu , jangan berdalih lagi.

%d bloggers like this: