Program ziarah

pic_08601oleh:Saiful
Lewat petang tadi, 10 mac 2009,Wad Melor 2 Hospital Muadzam Shah dikunjungi oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Rompin dalam lawatan beliau kepada salah seorang aktivis PAS yang sedang dirawat di hospital tersebut.

Dengan ucapan salam dan jabatan tangan memancar keceriaan wajah sahabat jamaah PAS dari cawangan Keratong 03, iaitu Encik Omar Bin Saad.Beliau yang berumur 61 tahun telah dimasukkan ke hospital sejak 28 Februari lagi. Beliau dengan tenang mencerita kisah penyakit dan perkembangan penyakit beliau kepada YDP PAS Rompin Ustaz Syukri Hj Ahmad, SU PAS kawasan Rompin Hj  Ramli dan beberapa Exco  pemuda kawasan.

pic_0862Dikhabarkan beliau sudah mula beransur pulih akibat kebengkakan jantung dan keadaan paru-paru yangtidak stabil. Baru hari ini beliau dapat berbicara setelah sekian lama menderita kesakitan. PAS Kawasan Rompin menyerahkan sedikit buah tangan kepada Encik Omar sebagai tanda simpati dan setiakawan.

Sememangnya amalan ziarah memberi banyak makna kepada pesakit dan membawa berkat dari Ilahi. Mudah-mudahan dengan semangat ukhuwah dan rahmat Allah, Encik Omar akan segera sembuh. Rombongan YDP meninggalkan Encik Omar dengan seribu harapan dan doa untuk kesejahteraan beliau.

pic_08651YDP dan Setiausaha sempat bertanya khabar kepada pesakit-pesakit lain yang berada di wad tersebut. PAS Rompin sering kali mengadakan lawatan ke hospital dan akan menjadikan program  ini secara berterusan dari masa ke semasa sesuai dengan matlamat merealisasikan Negara Malaysia sebagai Negara berkebajikan.

Salam jihad…

pic_08791

pic_08681

pic_0873

%d bloggers like this: