Gaya hidup elit ditolak rakyat – Salahuddin

salehudin-ayub4Irwan Muhammad Zain
KUALA LUMPUR, 13 Apr (Hrkh) – Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mengingatkan pemimpin parti tersebut agar menolak gaya hidup elit yang boleh menghakis sokongan rakyat.

Ketuanya, Salahuddin Ayob dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily menegaskan antara sebab PAS mendapat sokongan rakyat kerana pemimpinnya mengamalkan gaya hidup yang sederhana dan mudah didekati rakyat.

“PAS jangan sombong, jangan bongkak, jangan lupa diri. Atas sokongan yang kita terima ini sebenarnya adalah mandat daripada rakyat untuk tunaikan tanggungjawab mewakili mereka.

“Golongan muda juga memberikan sokongan kepada PAS gaya hidup yang sederhana dan mudah didekati yang selama ini menjadi antara tonggak kekuatan PAS” katanya.

Beliau juga menegaskan golongan muda menolak Umno kerana mereka muak dengan gaya hidup elit pemimpin parti itu dan sukar didekati.

Jika pemimpin PAS mengamalkan gaya hidup elit tegas beliau tidak mustahil golongan muda akan menolak parti itu.

Beliau juga menegaskan, PAS juga akan jatuh jika tidak mengekalkan identiti yang lebih merakyat dan cara hidup sederhana./wannordin _

sumber:harakahdaily

%d bloggers like this: