Najib tidak akan dapat tiru gaya Tun Razak – Mustafa Ali

cikgu paa1Mohd Sabri Said
PENANTI, 30 Mei (Hrkh) – Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS, Dato’ Mustafa Ali berkata, sikap Tun Abdul Razak jauh berbeza dengan anaknya, Dato’ Seri Najib walaupun beliau cuba meniru gaya pemerintahan ayahnya apabila memilih China sebagai lokasi luar negara pertama setelah diamanahkan menerajui negara.

Kepimpinan Tun Abdul Razak nampak santai kerana beliau gemar mendekati rakyat dengan memperkenalkan program seperti ‘Buku Hijau’ pembukaan kawasan Felda untuk rakyat yang miskin dan pertambahan pelaburan mengikut jadual.

Tetapi Najib bersikap keras pada rakyat sanggup menangkap rakyat yang berpuasa sunat, mogok lapar kerana sayangkan demokrasi, berpiket aman dan sebagainya.

“Najib cuba nak tiru gaya kepimpinan ayahnya, Tun Abdul Razak tapi dia lupa sikapnya tidak terbuka dan terlalu banyak skandal melibatkan namanya tidak dibersihkan,” ujar beliau. Teruskan membaca

Penerangan Isu-Isu Semasa

ceramah

Al Fatihah Untuk Al Marhum YB Ismail Bin Yaakub

Manek UraiYb. Ismail bin Yaakub ADUN Manek Urai Kelantan telah kembali rahmatillah jam 5 .30 awal pagi tadi . Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas al marhum dan menyenaraikan al marhum di kalangan hambaNya yang soleh .

Dewan Pemuda PAS Rompin mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga al marhum . Semoga semua ahli keluarga Al marhum bersabar atas ujian ini .

Program Sukan Mini PASTI

PASTI

Jahil Murakkab Vs. Jahat Murakkab (Jahat Maksima)

keldaiSumber : Blog Babmusalla

Baru-baru ini ketika sedang asyik melayari internet, saya terbaca satu artikel yang agak menarik perhatian saya. JAHIL MURAKKAB…Walaupun tajuknya ntah ape-ape dan isi kandungannya pun lagi tak ketahuan apa kaitannya dengan tajuk, tapi saya rasa terpanggil untuk menjelaskan beberapa perkara berhubung apa yang ditulis.

Pertama, apa makna jahil murakkab..?!. Jahil berasal dari perkataan Arab yang memberi makna tidak mengetahui, bodoh atau cetek pengetahuan. Murakkab juga adalah perkataan Arab yang memberi maksud berganda. Maka, jahil murakkab memberi maksud jahil yang berganda (Kamus Dewan).

Istilah Jahil Murakkab digunakan kepada orang yang jahil/tidak tahu tentang sesuatu perkara dan juga jahil/tidak tahu yang dia dalam kejahilan.Maka, kebiasaannya orang ini tidak akan cuba berusaha untuk memahami dan lebih malang, tidak menerima tunjuk ajar dan nasihat orang lain kepadanya.

Kedua, orang yang melakukan persidangan dun Perak di bawah pokok dituduh sebagai jahil murakkab… Jangan terlalu gelojoh melabel seseorang atau sesuatu pihak dengan istilah-istilah tertentu tanpa usul periksa dan pertimbangan yang waras…! Beberapa persoalan perlu dijawab terlebih dahulu..Kenapa mereka bersidang di bawah pokok? Teruskan membaca

Makluman Ceramah Isu-Isu Semasa

jkul

Manusia Punya Angkara,Babi Dapat Selsema

Sumber:Blog Babmusalla

Beberapa minggu kebelakangan ini dunia digemparkan dengan sejenis penyakit pelik yang belum pernah didengar dan mungkin belum ada dalam kamus perubatan sebelum ini.Sebagaimana penyakit pelik yang wujud di akhir zaman sebelum ini seperti Aids, penyakit lembu gila dan selsema burung. Kini wabak yang baru sahaja muncul tiba-tiba ‘menggila’ sehingga kini menyebabkan ribuan manusia telah menjadi mangsanya di seluruh dunia….SELSEMA BABI !
Satu lagi perkara yang perlu dilihat sebagai bala dan peringatan daripada Allah berpunca kelalaian manusia dan kekufuran mereka terhadap Pencipta mereka. Benarlah apa yang difirmankan oleh Allah ; Teruskan membaca

Makluman Program Tamrin Qiadi

untitled-nhgb