Manusia Punya Angkara,Babi Dapat Selsema

Sumber:Blog Babmusalla

Beberapa minggu kebelakangan ini dunia digemparkan dengan sejenis penyakit pelik yang belum pernah didengar dan mungkin belum ada dalam kamus perubatan sebelum ini.Sebagaimana penyakit pelik yang wujud di akhir zaman sebelum ini seperti Aids, penyakit lembu gila dan selsema burung. Kini wabak yang baru sahaja muncul tiba-tiba ‘menggila’ sehingga kini menyebabkan ribuan manusia telah menjadi mangsanya di seluruh dunia….SELSEMA BABI !
Satu lagi perkara yang perlu dilihat sebagai bala dan peringatan daripada Allah berpunca kelalaian manusia dan kekufuran mereka terhadap Pencipta mereka. Benarlah apa yang difirmankan oleh Allah ;

“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”. –Ar-Ruum :41.

Sekaligus membuktikan betapa benarnya ajaran Islam yang telah sekian lama mensyariatkan pengharaman daging babi. Inilah juga syariat nabi Isa a.s.(sebelum diselewengkan oleh orang-orang Kristian). Firman Allah SWT ;

“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah, tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, Maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” –Al-Baqarah : 173.

Bagi orang yang beriman, fenomena ini menguatkan lagi keyakinan mereka akan kebenaran agama Islam.Sebagaimana yang disebut oleh para ulama’:”Setiap perkara disuruh oleh agama adalah perkara yang membawa kebaikan, walaupun kita tidak mampu melihat kebaikannya. Perkara yang dilarang oleh agama adalah sesuatu yang membawa mudarat, walaupun kita belum mampu melihat keburukannya”.

Apa yang sepatutnya berlaku ialah perkara yang terjadi ini perlu diambil pengajaran dan dijadikan peluang untuk kembali kepada fitrah agama Islam. Tetapi apa yang berlaku kepada penyakit ini, seolah-olah ingin menutup keburukan penyakit ini atau dengan lebih tepat, keburukan punca penyakit ini.

Ini dapat dilihat apabila nama penyakit ini pada peringkat awal dinamakan Selsema Babi, tiba-tiba ditukar kepada nama Influenza H1N1 (nama yang menyusahkan juruhebah dan pembaca berita menuturnya!). Sama sepertimana apa yang berlaku kepada perkataan (anak zina – anak tidak sah taraf), (rasuah- politik wang) dan seumpamanya supaya perbuatan keji ini tidak dilihat jijik dan sesuatu yang harus dijauhi.Sebaliknya menjadi perkara yang biasa dalam masyarakat.
Ya Allah! Peliharalah kami dari kemurkaanMu…..

%d bloggers like this: