Najib tidak akan dapat tiru gaya Tun Razak – Mustafa Ali

cikgu paa1Mohd Sabri Said
PENANTI, 30 Mei (Hrkh) – Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS, Dato’ Mustafa Ali berkata, sikap Tun Abdul Razak jauh berbeza dengan anaknya, Dato’ Seri Najib walaupun beliau cuba meniru gaya pemerintahan ayahnya apabila memilih China sebagai lokasi luar negara pertama setelah diamanahkan menerajui negara.

Kepimpinan Tun Abdul Razak nampak santai kerana beliau gemar mendekati rakyat dengan memperkenalkan program seperti ‘Buku Hijau’ pembukaan kawasan Felda untuk rakyat yang miskin dan pertambahan pelaburan mengikut jadual.

Tetapi Najib bersikap keras pada rakyat sanggup menangkap rakyat yang berpuasa sunat, mogok lapar kerana sayangkan demokrasi, berpiket aman dan sebagainya.

“Najib cuba nak tiru gaya kepimpinan ayahnya, Tun Abdul Razak tapi dia lupa sikapnya tidak terbuka dan terlalu banyak skandal melibatkan namanya tidak dibersihkan,” ujar beliau. Teruskan membaca