Pemuda bertekad pelihara ketulinan manhaj perjuangan

P1150792-1.JPGNyza Ayob
SHAH ALAM, 7 Jun (Hrkh) – Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan menaruh kepercayaan dan harapan terhadap Ucapan Dasar Presiden PAS yang menggalakkan Pemuda PAS memainkan peranan sebagai semak dan imbang agar landasan perjuangan PAS dan kerajaan Pakatan Rakyat terus berjalan sebagaimana tuntutan Islam dan harapan rakyat.

Beliau yang berucap dalam membahaskan penggulungan muktamar berkata 103 perkara penting yang disebut dalam Ucapan Dasar Presiden itu memerlukan buruh untuk berkerja.

Justeru katanya, barisan Pemuda PAS bersedia menjadi pejuang-pejuang dan petugas yang akan membawa Islam memimpin perubahan. Teruskan membaca

Advertisements