Hakim kata tindakan polis ceroboh, tangkap di premis sendiri salah

DSC_0265Bendahari PAS Pusat Dr. Mohd Hatta Ramli, Timbalan YDP PAS Rompin Mazlan Mohamed Yasin dan Ketua Pemuda Rompin Nazri Ahmad menang dalam saman terhadap bekas Ketua Polis Daerah Rompin di Mahkamah Tinggi Kuantan berkaitan kes penangkapan semasa berceramah di premis sendiri lima tahun lalu.

Hakim Datuk Mariana Yahya dalam penghakimannya pada 26 Ogos lalu memutuskan Hanapi Daud (pihak polis) telah secara salah menangkap Dr. Mohd Hatta Ramli, Mazlan Mohamed Yasin dan Nazri Ahmad (plaintif satu, dua dan tiga). Teruskan membaca

Menyertai Program Anjuran DPPNPahang

Sempena Tayangan LCD Himpunan Mansuh ISA

Pulau Tioman tiada sumber bekalan air sejak sebelum merdeka

imagesPULAU TIOMAN: Sebanyak 279 penduduk Kampung Salang, Pulau Tioman di sini, menghadapi kemelut ketiadaan sumber bekalan air bersih sejak sebelum merdeka.

Ketua Kampungnya, Abdul Kadir Harun berkata, selama ini penduduk kampung hanya menggunakan air yang disalurkan dari bukit berhampiran.

Menurutnya, bekalan tersebut juga sering mengalami masalah terutama di musim panas berikutan air di kawasan itu tidak mampu memberi bekalan secukupnya kepada penduduk.

“Masalah terputus bekalan sering menghantui kami, terutama apabila musim panas kerana punca air menjadi kering. Ini menyebabkan penduduk mengeluh apabila masalah ini sering menghantui mereka,” katanya. Teruskan membaca

Jumlah Peserta Mansuh ISA Capai Sasaran 100K