Pulau Tioman tiada sumber bekalan air sejak sebelum merdeka

imagesPULAU TIOMAN: Sebanyak 279 penduduk Kampung Salang, Pulau Tioman di sini, menghadapi kemelut ketiadaan sumber bekalan air bersih sejak sebelum merdeka.

Ketua Kampungnya, Abdul Kadir Harun berkata, selama ini penduduk kampung hanya menggunakan air yang disalurkan dari bukit berhampiran.

Menurutnya, bekalan tersebut juga sering mengalami masalah terutama di musim panas berikutan air di kawasan itu tidak mampu memberi bekalan secukupnya kepada penduduk.

“Masalah terputus bekalan sering menghantui kami, terutama apabila musim panas kerana punca air menjadi kering. Ini menyebabkan penduduk mengeluh apabila masalah ini sering menghantui mereka,” katanya. Teruskan membaca