Suasana Meriah,Persiapan Sambutan Hari Raya, PAS Kaw Rompin

IMGA094129/9/09, Untuk memastikan jamuan hariraya Aidulfiri berjalan seperti yang telah dirancang . Sempat penulis merakamkan beberapa gambar gotong royong persiapan jamuan hariraya aidulfitri PAS Kaw Rompin untuk tatapan kita bersama.

Semoga Amalan mereka yang tulus ikhlas untuk menjayakan program tersebut diterima oleh Allah s.w.t. Teruskan membaca

Jemputan Jamuan Hari Raya PAS Kaw Rompin

JMN RY

Salam Idil Fitri diucapkan…

Photobucket

ust nazriSalam Idil Fitri diucapkan…
kepada rakan-rakan exco DPPK Rompin
kepada saf kepimpinan Pas Kawasan Rompin
kepada rakan-rakan exco DPPN Pahang
kepada semua guru-guru yang telah banyak menabur jasa
kepada seluruh tenaga pengajar PASTI Daerah Rompin
kepada semua muslimin & muslimat di Parlimen Rompin khasnya
dan di seluruh dunia amnya…

Semoga segala ibadah & amalan yang dilaksanakan sepanjang Ramadan dapat mengubati serta memberi kekuatan kepada jiwa kita, dalam mengharungi cabaran yang seterusnya sehinggalah Islam berdaulat di bumi ini…!

80% golongan muda tidak sokong BN – Daim

geng kitaKUALA LUMPUR, 16 Sept: 80 peratus dari golongan muda tidak menyokong Barisan Nasional (BN), kata bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Para siswazah menganggur, kebanyakannya Melayu, akhirnya terlibat dengan politik dan mereka menyertai PAS akibat rasa marah kepada kerajaan kerana tidak mempunyai pekerjaan, kata bekas Bendahari Umno itu di dalam temubual dengan China Press Ahad lalu.

Menurut beliau, keadaan sedemikian berlaku kerana kerajaan tidak memupuk bakat yang sepatutnya untuk kehendak pasaran. Teruskan membaca

PERUTUSAN KHAS PRESIDEN PAS SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE-52

hadi perutusan1Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-52 Kemerdekaan Negara, bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) suka saya mengulangi bahawa pemimpin-pemimpin ulung PAS adalah golongan yang pertama melibatkan diri dengan perjuangan kemerdekaan negara ini.

Mereka menjadi mangsa kezaliman di zaman penjajah. Ketika itu, banyak di kalangan pemimpin negara kita (Umno) bersekongkol dengan penjajah menjadi pegawai-pegawai mereka.

Namun kita tidak menyerah kalah. Kita adalah yang pertama memperjuangkan kemerdekaan (yang) merupakan mata rantai perjuangan sejak kedatangan Islam yang membawa kemerdekaan sebenar.

Kemerdekaan yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW ialah pembebasan manusia daripada mengabdikan diri kepada makhluk kepada hanya mengabdikan diri kepada Allah SWT. Itulah makna kemerdekaan yang sebenar. Teruskan membaca