Pemuda Rompin sedia menghantar petugas ke Terengganu

ust-nazriRompin-Dewan Pemuda Pas Kawasan Rompin baru-baru ini mengambil keputusan untuk menghantar seramai mungkin petugas daripada kalangan pemuda di sini untuk bertugas di PRU kecil Kuala Terengganu.Ketuanya Ustaz Nazri Hj Ahmad menyatakan demikian selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan exco pemuda Pas Rompin baru-baru ini.

Kerusi Kuala Terengganu merupakan kerusi panas yang menjadi rebutan banyak pihak, lantaran itu gerakerja yang mantap dan menyeluruh perlu digembeleng hingga ke tahap maksima.”Kita bersetuju untuk menghantar petugas ini secara berperingkat-peringkat dari hari penamaan calon hinggalah ke hari mengundi jika mendapat arahan daripada Pas negeri.” Teruskan membaca

Advertisements

TALI PINGGANG KELEDAR

images1Pemandu kenderaan berkapasiti empat penumpang berdepan kemungkinan disaman sekiranya membawa lebih penumpang di bahagian tempat duduk belakang, kata Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh.

Kenyataan  yang mendahulukan soal saman bagi memberi pulangan mudah kepada kerajaan mengutip duit dari kesusahan rakyat lebih utama dari soal keselamatan pemandu dan penumpang kereta. Walhal kemalangan terus berlaku dan kematian tiada siapa yang dapat menahan walau pun sesaat,Sepatutnya kerajaan memikirkan suatu cara untuk mengubah sikap pemandu semasa berada diatas jalanraya, bukannya dengan mengugut rakyat dengan akta dan undang-undang yang direka.

Kereta yang didaftarkan sebelum 1995 tak wajib tali pinggang keledar belakang. Bagi puak-puak ni, kereta lama kalau kemalangan tak mati penumpang belakang gamaknya. Lagi pun puak ni bukannya fikir masalah orang lain

Kebanyakan orang melayu yang berpendapatan rendah selalunya mempunyai anak yang ramai, tidak seperti orang Bandar yang bilangan anak sedukit, hakikatnya mampukah orang yang berpendapatan rendah ni untuk beli keta jenis MPV untuk membolehkan mereka membawa semua anak-anak mereka?

Hakikatnya tak semua mampu beli kereta besar, sesetengah tu Alhamdulliah dapat jugak merasa naik kereta kancil. Pastu kalau anak dah 5 takkan nak beli dua kereta. Kalau beli dua kereta pun sapa nak bawak satu lagi? .atau suruh je anak naik pengangkutan awam, berapa kerap bas? Adakah sama dengan kekerapan perjalanan bas di KL? Mampukah anak-anak yang umur 5 dan 6 tahun naik bas sendirian?

Tak payah lah diwajibkan penggunaan tali pinggang keledar dibelakang, yang penting ubah minda dan sikap pengguna jalanraya supaya bersopan ketika memandu, mungkin boleh ditambah jumlah kereta peronda supaya rondaan jalan dapat dikerapkan, atau meletakkan anggota-anggota polis di tepi-tepi jalan kerana manusia akan berubah minda dan sikap sekiranya ada pihak yang memerhatikan tingkah laku dan gerak geri mereka.

Cara begini dilihat sebagai pendidikan secara tidak langsung kepada pengguna jalanraya supaya lebih berhemah, mungkin dalam masa yang singkat keberkesanannya agak kurang tetapi dalam jangka masa panjang sikap pemandu boleh berubah

oleh:cheli

Rakyat susah tetapi bayar hampir RM10 juta untuk istana PM/TPM

sriperdanaDari blog Roslam SMS
Thursday, December 11, 2008
R6.89 juta: percaya atau tidak itulah jumlah yang kerajaan Pusat bayar kepada Putrajaya Holdings bagi menyewa Seri Perdana dan Seri Satria iaitu kediaman resmi PM dan TPM kita. Seri Perdana disewa pada kadar RM4.15 juta setahun ataupun RM345, 833.33 sebulan atau RM11,527.77 sehari! Manakala Seri Satria pula RM2.74 juta setahun ataupun RM228 333.33 sebulan atau RM7,611.11 sehari!

Angka berkenaan dimaklumkan dalam Dewan Rakyat semalam.

Manakala kos penyelenggaraan Seri Perdana sahaja adalah RM1.89 juta setahun bersamaan RM158 051.40 sebulan atau RM5 268.38 sehari. Dan Seri Satria RM1.13 juta setahun bersamaan RM94, 156 sebulan atau RM 3 138.53 sehari!

Inilah bangunan yang Almarhum Ustaz Dato Fadzil Nor dulu cadang untuk dilelongkan jika BA (ketika itu) berkuasa. Saya tidak tahu tentang anda tetapi saya sendiri tidak terbayang begitu banyaknya wang yang dibelanjakan untuk menampung PM dan TPM kita sekeluarga.

rumah-tg-nik-aziz1-250x111Sewa sehari Seri Perdana bersamaan RM11,527.77 sehari, sedangkan gaji pokok permulaan seorang guru dengan diploma hanyalah RM1,405.71. Dengan RM1,405.71 inilah guru tadi menampung keluarga dan kehidupan hariannya sedangkan kita membayar RM11, 527.77 sehari buat PM kita! Malah menurut jadual tangga gaji baru seorang Ketua Polis Negara pun dibayar lebih murah (perbandingan gaji pokok permulaan) dari kita menyewakan Seri perdana untuk Perdana Menteri kita. Gaji pokok permulaan KPN adalah RM9 615.98 (menurut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 tahun 2007) sebulan.

rumahhadi-250x187Jadi apa nak kita lakukan?

Dalam pada itu rakyat diseur berjimat cermat. Tahun depan mungkin keadaan ekonomi semakin gawat, syarikat-syarikat gergasi dunia sudah mula memberhentikan para pekerjanya. Dan kita dalam susah-susah memuntahkan dari isi perut hampir RM10 juta setahun bagi menempatkan tak sampai 10 orang di dua istana kerana mereka adalah PM dan TPM kita

sumber:Blog Roslan SMS

PARTI PEWARIS

pak-lahWalaupun setiap kali ditipu oleh pemimpin Amno di bahagian Rompin terutamanya apabila menjelang pilihanraya tetapi penipuan itu bukanlah suatu penghalang bagi masyarakat Rompin khususnya untuk terus menyokong Amno walaupun Amno belum pernah bertanding dalam pilihanraya. Mereka berusaha untuk menunjukkan kepada orang ramai, inilah pemimpin mereka kununnya berjuang mebela nasib rakyat.

Pemimpin Amno yang cuba menjadi hero penyelamat, kunun berjuang mempertahankan agama dan kepentingan rakyat tetapi telah tersasar jauh apabila hanya individu tertentu telah menjadi sasaran kutukan dan cacian malahan menjadi tempat mengata bagi melepaskan rasa geram dan marah kepada individu tersebut.Berpuluh janji telah ditabur kepada masyarakat setempat, berpuluh kata diungkap namun janji tinggal janji dan ungkapan hanya menjadi pemanis mulut pemimpin Amno.

Amno masih mengaku memperjuangkan bangsa melayu kerana agenda Amno adalah ketuanan melayu tetapi pada hakikat sebenarnya merekalah yang telah meruntuhkan bangsa melayu tanpa mereka sedari ekoran dasar Amno yang tidak boleh melawan ketua walau dalam perkara benar, jika sekiranya melawan hatta menyokong saranan pembangkang pun sesaorang ahli Amno akan dikenakan tindakan, sebagaimana tindakan yang telah diambil kepada Sahril Samad yang dilucutkan dari jawatan PAC ekoran menyokong saranan pembangkang dalam Dewan Rakyat, sikap ego dan mengaggap diri sendiri saja yang betul patut dihapuskan kerana sikap dan sifat orang melayu adalah berlembut dan mudah memaafkan. Teruskan membaca

Usrah, Madrasah Tarbiyyah yang paling bertenaga

blog2sumber:blog ustaz mokhtar senik
Selepas konvensyen Tarbiyyah Pas Negeri Pahang yang diadakan di Temin Jerantut baru-baru ini, berbagai-bagai pandangan telah diberikan oleh blogers-blogers dan ustaz-ustaz. Tidak kurang juga ahli-ahli biasa. Dua kertaskerja telah dibentangkan, masing-masing oleh Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan Tuan Guru Presiden.
Kedua-dua kertaskerja tersebut memberikan penumpuan khusus kepada “Tarbiyyah”. Umum dalam Pas bermula daripada peringkat pimpinan hinggalah keperingkat bawahan mengakui tarbiyyah dalam Pas tidak serancak dahulu (kecuali ahli yang muncul selepas 90an). Kemanisan Tarbiyyah zaman awal 80an hingga kehujung 80an dirasakan sudah sangat pudar. Ungkapan Usrah, Tamrin, Mukhayyam tarbawi, ijtima dan Qiamullail jamaei sudah jarang kedengaran. Mungkin kerana sebahagian besar pimpinan kita sibuk setelah Pas berjaya menguasai Negeri (Pas menguasai kelantan pada tahun 1990), atau kerana kita sudah terpengaruh dengan pendekatan baru yang dilihat lebih raleven dengan gerbang politik dunia baru yang dimasuki Pas. Sehingga program usrah,tamrin, mukhayyam dan Qimullail jamaei dilihat semacam membawa Pas ke zaman silam yang menyebabkan Pas tidak seiring lagi dengan parti-parti Politik lain yang ada. Teruskan membaca

Haram Sambut Hari kekasih 14 FEB

95360541.jpg

Tiap-tiap tahun ada saja ulamak-ulamak yang memperingati kaum muslimin dan muslimat tentang bercanggahnya dengan hukum Islam mengenai sambutan Hari Valentine atau hari kekasih, namun berapa ramaikah yang berperihatin. Golongan muda, kebanyakan akan terikut-ikut nak menyambutnya. Sudahlah itu, Deejay-deejay di radio dan pengacara-pengacara di TV yang selalu suka mempromosinya. Tidakkah pihak yang berwajib boleh berbuat sesuatu. Apa kata Imam Hadhari???

Umat Islam yang meraikan Hari Memperingati Kekasih pada 14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal perayaan itu, Kristian.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa:

“Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.”

Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti mengikut sejarah purba Rom.

“Kita umat Islam tidak perlukan budaya atau amalan seperti ini yang jelas bertentangan dengan agama kita. Lagipun ajaran Islam sudah lengkap, sempurna dan diyakini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas sikap umat Islam di negara ini khususnya muda-mudi yang masih cenderung untuk meraikan Hari Memperingati Kekasih setiap kali muncul 14 Februari biarpun telah banyak penerangan disampaikan oleh para ulama.

Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II.

Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.

Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai menghantar kad ucapan Valentine kepada buah hati mereka, teman karib dan orang-orang yang mereka sayangi sebagai simbolik dalam menyatakan cinta terhadap mereka.

Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis menganggap 14 Februari sebagai `hari burung-burung mencari pasangan mereka.’

Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut.

Masing-masing akan mengucapkan `Selamat Hari Valentine’ sesama pasangan mereka.

Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis From Your Valentine kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang pengawal penjara.

Harussani turut menyeru umat Islam agar tidak sesekali meniru budaya asing dan ternyata bercanggah itu apatah lagi ia turut menjerumuskan mereka ke lembah kemaksiatan.

“Mengapa kita perlu mengamalkannya sedangkan Islam menggalakkan umatnya kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala.

“Bahkan jika kita tidak bertegur sapa dengan saudara se-Islam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya sudahpun jatuh haram. Jadi amalan atau budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik,” kata beliau.

Menurut Harussani, Islam turut menggalakkan umatnya mengasihi sesama mereka secara ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka dengan tumpang bersyukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka.

“Berkasih sayang bagi Islam juga tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia,” kata beliau.

Mayat bayi separuh terbakar dijumpai di asrama UiTM

 AKUALA TERENGGANU: Seorang tukang sapu terkejut besar apabila menjumpai satu mayat bayi yang separuh terbakar di tempat pembuangan sampah di kawasan asrama Universiti Teknologi Mara (UiTM) Chendering, dekat sini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah II Negeri, Supt K. Manoharan berkata berdasarkan keadaan fizikalnya, bayi itu dipercayai baru dilahirkan.

Tukang sampah berkenaan katanya, menjumpai bayi itu ketika sedang membakar sampah di kawasan tersebut.

Katanya jantina bayi itu belum dipastikan dan tali pusatnya masih melekat di badan.

“Setelah mendapati sampah di kawasan itu tidak terbakar sepenuhnya, tukang sapu terbabit telah menguis sampah di situ dan terkejut apabila menemui mayat seorang bayi di celah timbunan sampah itu,” katanya.

Tukang sapu lelaki itu kemudian membuat laporan polis dan siasatan awal mendapati bayi itu lahir cukup bulan dan sempurna.

Manoharan berkata bayi itu dipercayai terbakar semasa tukang sapu itu membakar timbunan sampah sejak petang semalam.

Mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk dibedah siasat.